Mengenai Saya

aq hnya insan biasa yg sentisa mnghargainya setiap masa.

Jumaat, 24 September 2010

PROGRAM YANG DIJALANKAN SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN YANG KE 53

Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53
Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"
Tarikh: 17 Ogos 2010 – 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia

Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53
Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan
Pameran RTM Mengisi Kemerdekaan (Ruang legar muzium)
Tayangan Filem/Dokumentari/Drama
Kuiz Merdeka 53
Tayangan khas/esklusif
Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 30 September 2010

Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53
Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan
Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan
Peraduan Mencipta Slogan atau Nama Baru Muzium Penyiaran
Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 23 September 2010

Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53
Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara

Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53
Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka
bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKK

Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya

Sambutan Kemerdekaan Yang ke-53
Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

SILA LAYARI:-

www.malaysiamerdeka.gov.my

AKTIVITI KEMERDEKAAN DI KMS...








Rabu, 15 September 2010

PANDANGAN MENGENAI KEMERDEKAAN OLEH REMAJA KINI

Kita telahpun mngecapi kemerdekaan yg ke-53 tapi adakah semua remaja kini sudah merdeka???adakah mereka memahami erti kemerdekaan??
Sepanjang sebulan saya telah menemu bual pelajar untuk mengetahui erti kemerdekaan dalam diri mereka..
Saya dapat membuat rumusan bahawa:
Bagi remaja yang tidak memahami erti kemerdekaan yang sebenar akan menyatakan kemerdekaan merupakan cuti umum,keluar dengan rakan-rakan untuk melihat bunga api atau melihat festival pada malam merdeka dan berkemungkinan merdeka dalam sesuatu perkara seperti peperiksaan..
Tetapi bagi pelajar yg memahaminya akan menyatakan bahawa merdeka adalah suatu kebebasan sama ada untuk bersuara dan melakukan sesuatu tetapi tidak dijajah dengan budaya barat..
Justeru itu, saya dapat merumuskan bahawa rakyat malaysia yang merdeka seharusnya tidak dibelenggu dengan pelbagai perkara negatif dan seharusnya memahami kemerdekaan yang sebenar..

JASAMU DIKENANG











(tunku abdul rahman)
8 Februari 1903(1903-02-08)
Alor Star, Kedah, British Malaya
6 Disember 1990 (umur 87)
Kuala Lumpur, Malaysia

Meriam Chong (1933 – 1935)
Violet Coulson (1935 – 1946)
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)
Peguam
Islam
Dikenali Bapa kemerdekaan atau Bapa Malaysia

(tun abdul razak)
Jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-2
Tempoh perkhidmatan 22 September 1970 - 14 Januari 1976
Timbalan Ismail Abdul Rahman (1970 - 1973)
Tun Hussein Onn (1973 - 1976)
Menurut Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Menggantikan Tun Hussein Onn
Parti politik UMNO
Tarikh lahir 11 Mac 1922
Tempat lahir Pekan, Pahang
Tarikh kematian 14 Januari 1976
Tempat kematian London, England
Pekerjaan Peguam
Agama Islam
Dikenali Bapa pembangunan

(tun hussein onn)
awatan Perdana Menteri ke-3
Tempoh perkhidmatan 15 Januari 1976 - 16 Julai 1981
Timbalan Dr. Mahathir Mohamad
(1976 - 1981)
Menurut Tun Abdul Razak
Menggantikan Dr. Mahathir Mohamad
Parti politik UMNO
Tarikh lahir 12 Februari 1922
Tempat lahir Johor Bahru, Johor
Tarikh kematian 29 Mei 1990
Tempat kematian San Francisco Selatan,
Amerika Syarikat
Pekerjaan Peguam
Agama Islam




(tun dr mahathir)

Dalam pejabat
15 September 1978 – 16 Julai 1981
Didahului oleh Hussein Onn
Digantikan oleh Musa Hitam

Lahir 20 Disember 1925 (umur 84)
Alor Star, Kedah Darul Aman
Parti politik UMNO
Pasangan Dr. Siti Hasmah
Pekerjaan Doktor
Agama Islam
Tandatangan Mahathir bin Mohamad's signature

(tun abdullah ahmad badawi)
Lahir 26 November 1939 (umur 70)
Kepala Batas, Pulau Pinang
Parti politik UMNO


Pasangan
Endon Mahmood Ambak (meninggal dunia Okt 2005)
Jeanne Abdullah

Ahli Parlimen
bagi Pekan, Pahang(P85)
Dalam pejabat
1976 – kini
Majoriti 26,464

Lahir 23 Julai 1953 (umur 57)
Kuala Lipis, Pahang
Parti politik BN-100px.jpg-UMNO.gif BN-UMNO
Pasangan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar (cerai)
Rosmah binti Mansor
Anak 5
Agama Islam
(YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak)

SEJARAH KEMERDEKAAN




Pada tahun 1956,Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara kemerdekaan.Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 untuk menyatakan persetujuan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Tepat pukul 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957,bendera Union Jack (bendera British) diturunkan. Tunku Abdul Rahman(Perdana Menteri Tanah Melayu ketika itu)mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka.
31 Ogos 1957,pada puku
l 5.00 pagi, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.Pada pukul 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. Pada pukul 9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka
,ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Rabu, 1 September 2010


Lagu Satu Malaysia

Berdiri teguh di bumi nyata

Untuk Semangat Satu Malaysia

Sepakat Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam

Penulis Lirik : Lokgha